Tampilkan postingan dengan label kisah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kisah. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

GAMBAR Kisah Sedih Pelajar Darjah Enam Dirogol Lapan Lelaki Bergilir Gilir


AHLI keluarga seorang remaja bawah umur yang dirogol lapan pelajar sekolah menafikan mangsa merelakan dirinya disetubuhi sebaliknya dipaksa dan dicederakan.

Sepupu mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sebenarnya baru berusia 12 tahun diugut dan dicederakan sebelum dirogol.

“Dia dibawa ke kawasan rumah kosong di Jalan Rampaisari oleh kelapan-lapan lelaki terbabit sebelum salah seorang menutup matanya dengan kain dan dibawa ke tingkat atas rumah tersebut.

“Ketika itu lelaki terbabit membuka baju, seluar dan meraba lalu merogolnya secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini semalam.

Menurut sepupu mangsa turut ditemani bapa tiri dan ibu saudaranya, mangsa dirogol dua kali di rumah kosong berlainan hanya selang 30 minit selepas itu.

Menurutnya, mangsa cuba menjerit tetapi mulutnya ditekap tangan suspek.

“Dalam jam 8.05 pagi kelapan-lapan lelaki itu sekali lagi membawanya ke sebuah lagi rumah kosong di kawasan sama.

“Dia cuba melarikan diri ketika dibawa ke rumah tersebut tetapi diekori rapat oleh lelaki terbabit. Setibanya di rumah itu, dia diraba dan dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki,” katanya.

Menurutnya, setelah itu mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah kosong tersebut.

Katanya, mangsa keluar dari rumah itu dan menuju ke surau berdekatan untuk mencuci pakaian dan ketika itulah seorang lelaki memanggil dan mendekati mangsa sebelum dibawa ke balai polis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku pada 20 September lalu di sebuah lokasi seperti dimaksudkan sepupu mangsa dan jaraknya hanya kira-kira 100 meter daripada surau berkenaan.

Sepupu mangsa menjelaskan, mangsa keluar rumah pada 19 September lebih kurang jam 9 pagi ke rumah rakannya Jalan Rampaisari 3E, Bandar Sungai Buaya.

Menurutnya, mangsa berada bersama rakannya sehingga petang dan tidak pulang ke rumah.

Katanya, pada keesokannya, lebih kurang jam 7.30 pagi ketika mangsa berada di sekitar kawasan rumah rakannya itu, mangsa telah diajak oleh lapan lelaki ke rumah kosong di jalan yang sama dan ketika itulah kejadian tersebut berlaku.

Tambah sepupu mangsa lagi, gadis itu turut mengalami kecederaan dan kesan lebam pada tangan dipercayai dipijak dan jari-jemarinya kehitaman kerana cuba bertahan dan menahan kesakitan.

“Dia turut mengadu sakit di kepala kerana dihentak pada batang paip PVC.

“Tangannya lebam-lebam kerana dikasari dan dia ada katakan perutnya turut disepak,” katanya.

Sementara itu, menurut ahli keluarga mangsa yang lain, mereka mengakui mangsa tidak hadir ke sekolah tetapi bukan sengaja sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana menemani ibunya yang mahu bersalin.

Menurut mereka, selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mangsa tidak lagi ke sekolah kerana menemani ibunya di hospital.

“Sebab itu dia tidak ada pakaian lain untuk digunakan.

“Dia berulang-alik ke hospital untuk menemani ibunya yang ketika itu hanya menunggu masa bersalin,” kata seorang ibu saudara mangsa.

Katanya, ibu mangsa selamat melahirkan anak perempuan pada jam 3 pagi, 24 September di Hospital Selayang.

Ahli keluarga mangsa turut diberitahu kesemua lapan suspek direman sehingga 27 September bagi proses siasatan.

Difahamkan, mangsa hadir ke IPD Hulu Selangor petang semalam untuk siasatan lanjut dan proses pengecaman kesemua suspek.

Namun, suspek yang dikatakan hadir untuk proses pengecaman itu tidak kelihatan sehingga jam 9 malam semalam. – SINAR HARIAN



Minggu, 29 Desember 2013

Kisah malang pelacur remaja

Kisah Hidup Pelacur Usia 16 Tahun

Zhao Tielin, seorang fotografer dokumenter mengambil foto-foto kisah pelacur kelas bawah di China. Untuk menjalin kepercayaan mereka, Zhao menjalin persahabatan dengan mereka sejak lama secara bertahap. Dahulu Zhao sangat miskin seperti para pelacur tersebut, sehingga mereka menaruh kepercayaan kepada Zhao sekarang. 

para pelacur kelas bawah di kota Guangzhou 
Ia merangkum kisah seorang pelacur belia berumur 16 tahun bernama samaran Ah-V. Ah-Vmempunyai seorang teman lelaki berumur 28 tahun bernama Xiao Wu yang pengangguran dan mantan banduan dengan hukuman 10 tahun). Untuk memenuhi keperluan hidup, Xiao Wu memenjadikan Ah-V bekerja sebagai pelacur. 


Ah-V dan kekasihnya 

Para pelacur teman Ah-V 

Inilah foto Ah-V saat hamil muda. Tidak tahu siapa yang menghamilinya 

 

 
Ah-V menggugurkan kandungannya 
Saat mengetahui dirinya hamil 4 bulan, Ah-V memutuskan memutuskan menggugurkan kandungannya. Tapi wangnya sebesar 400 Yuan tidak cukup. Kata dokter: "Wangnya kurang sebAB janinnya sudah cukup besar". Namun dokter akhirnya maHu mengaborsi dan sebagai jaminan Ah-V diikat di pagar belakang seperti hAIwan peliharaan sampai teman lelakinya menebusnya. 


 
Diikat bagai haiwan 

Akhirnya kekasihnya menebusnya dan membawanya pulang 
Orang-orang berkata kepada fotografer Zhao, "Sungguh gadis ini benar-benar bodoh". 


 
Sering dia dibayar dengan wang palsu kerana ia gadis kampung yang tak pernah sekolah 

Apabila bisnis berjalan baik Ah-V berjalan-jalan (tentu saja dikawal agar tidak kabur). 

Pacarnya kerap memintainya wang. A-V lah yang sebenarnya biayai kehidupan kekasihnya 

Xiao Wu kerap merayu Ah-V: "Aku mencintaimu, aku akan menikahimu". 
Itu sebenarnya hanya tipu-tipu rayu. namun Ah-V merasa senang saja mendengarnya 


Setelah melayani pelanggan, Ah-V meminta pelacur lain, Ah Lan untuk memeriksanya apakah dia terkena penyakit kelamin 

Ah-V amat gembira kalau mendapat pelanggan 
Apabila ia mendapat 13 pelanggan dalam sehari, maka ia mendapat bagian 380 Yuan dari Xiao Wu. Namun ia sering sangat lemah untuk boleh melayani pelanggan kerana ia sering tak boleh bangun dari ranjang. 


Apabila Ah-V tidak mencapai target pendapatan sehari, Xiao Wu sering memukulnya 

Saat Ah-V melacur, biasanya mangkal tidak jauh dari hotel dan Xiao Wu mengawasi dari jauh. Setelah gelap, para pelacur kelas teri ini mengumpulkan keberanian kepada para pelajalan kaki yang lewat dan menawarkan jasanya. 

Sayangnya laki-laki ini tidak tertarik 

Ah-V menangis kerana diusir sekuriti hotel 
Satu-satunya hiburan Ah-V adalah kucing peliharaannya, Mei Gui. 


Bersama sang kucing, Mei Gui. Latar belakang adalah pelanggan yang tidak Ah-V pedulikan 
Baginya, hanya Mei Gui lah hiburan satu-satunya sebab ia menganggap bahwa hanya Mei Gui lah yang mengerti masalahnya.

Older Post ►
 

Copyright 2011 Rudy Suryadi