Tampilkan postingan dengan label lagi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lagi. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Elephant man mahu hidup normal tidak sanggup sembunyi wajah lagi

 sinarharian
2 November 2012
Yuen Keong - elephant man
Yuen Keong (kiri) menunjukkan bahagian wajah Chee Ming yang bakal menjalani rawatan laser 8 November ini.
SERDANG – “Memang berharap sangat wajah saya akan pulih seperti manusia normal yang lain kerana tidak sanggup lagi membawa ketumbuhan di bahagian muka ini,” kata lelaki yang digelar ‘elephant man’, Leong Chee Ming, 42, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Dia yang menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai ‘capillary malformation’ sejak lahir itu turut melahirkan harapan tinggi rawatan laser bakal dijalani 8 November depan dapat mengubah wajahnya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap berasa takut dan bimbang terhadap kesan rawatan bakal dijalani di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan itu.

Chee Ming yang juga anak ketiga daripada enam beradik menyatakan jika wajahnya berjaya dipulihkan tiada perkataan lain selain gembira kerana dapat menikmati hidup bersosial dengan masyarakat sekitar selepas 42 tahun menyembunyikan wajahnya itu dengan duduk di rumah sahaja.

“Saya memang teringin hendak menjadi seperti manusia normal yang lain, tidak larat hendak bawa benda ini (ketumbuhan) yang berat di wajah setiap hari.

“Mengenai rawatan laser bakal dijalankan memang ada rasa takut kerana tidak tahu apa tindak balas dan kesannya selepas itu,” katanya yang merupakan antara pesakit pertama menerima rawatan untuk penyakit seperti itu di hospital negara ini.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong berkata, lelaki berkenaan sudah menjalani lapan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak enam bulan lalu sebelum kesnya dirujuk ke HUSM.

Katanya, sebuah jawatankuasa kecil ditubuh dan mendapat sokongan 12 doktor pakar untuk membantu Chee Ming dan seorang lagi pesakit yang menghidap penyakit sama mendapatkan rawatan.

“Sejak enam bulan lalu, kedua-dua pesakit sudah menjalani pemeriksaan dan mereka akan dihantar untuk mendapatkan rawatan laser mematikan selnya.
 selengkapnya

Kamis, 26 Desember 2013

Isteri meninggal setelah mengetahui suaminya kahwin lagi

Seorang wanita Arab Saudi meninggal dunia, setelah mengetahui suaminya menikah lagi.
Si suami membiayai pernikahan barunya, dengan memakai wang pinjaman dari bank, yang diajukan atas nama isteri pertamanya.

Menurut sang wanita malang, dia diminta oleh suaminya untuk mengajukan pinjaman ke bank, sehingga mereka bisa menyewa apartmen lain, sampai renovasi rumah mereka selesai.
"Tapi, dia kemudian tahu bahawa suaminya menggunakan wang pinjaman dari bank, untuk menikahi wanita lain di rumah lama mereka, sementara dia (isteri pertama)  tinggal di flat baru," demikian pemberitaan Harian Alsaudeh, dan dikutip laman Emirates247, Selasa (16/10/2012).

Wanita itu menjadi sangat marah, dan langsung kena serangan jantung, lantas meninggal beberapa hari kemudian.
Sebelum kematiannya, dia menulis sebuah puisi yang menggambarkan penderitaannya, dan meminta agar puisi itu dirakam oleh suara yang terkenal dan dipublikasikan secara online. Peristiwa ini terjadi di Arab Saudi, tapi tidak disebutkan lokasinya di mana. (*) TRIBUNNEWS.COM 

Sabtu, 21 Desember 2013

Fasa Kedua BR1M Akan Diberi Lagi Kepada Rakyat

Salam semua,


Fasa Kedua BR1M Akan Diberi Lagi Kepada Rakyat

Fasa Kedua BR1M Akan Diberi Lagi Kepada Rakyat oleh kerajaan? Cadangan ini telah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Kabinet semalam supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat. Ini merupakan berita yang amat bermakna bagi rakyat yang sangat memerlukan bantuan RM500. Jumlah wang tersebut dapat mengurangkan beban rakyat dengan kadar kenaikan harga barang terkini.



Diharap selepas ni, kerajaan akan membuka pautan online untuk membuat semakan BR1M ni supaya memudahkan rakyat. [sumber]

Senin, 16 Desember 2013

MB Kedah Saya kuat lagi akan terus tanding

Wartawan Sinar Harian
30 Disember 2012
AZIZAN
AZIZAN
KUALA NERANG - Pas Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat.

Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau
bergantung kepada keadaan.

"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding,
sayapun nak tanding juga," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini.

Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan.

Older Post ►
 

Copyright 2011 Rudy Suryadi