Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

Ini Puncanya SBY Mahu Bertemu Anwar Di Bali

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia memberitahu para hadirin sebuah perhimpunan yang berlangsung pada malam Ahad bahawa beliau telah ditanya oleh ramai pihak di Indonesia samada kaum Cina akan mengambil alih Malaysia jikalau Pakatan Rakyat berkuasa seperti yang diwar-warkan oleh UMNO.

"Orang Indonesia tanya saya samada betul atau tidak jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka habislah Malaysia - semua akan disapu bersih oleh Cina," kata Anwar semasa Perhimpunan Black505 di Batu Pahat pada malam Ahad.
"Saya jawab saya akui bahawa pemimpin Cina kita pada masa ini lebih pintar, lebih berani, lebih layak. 

Jadi kita mesti angkat pemimpin Melayu yang lebih pintar dan lebih layak. Jikalau kita ada pemimpin Cina yang pintar tetapi pemimpin Melayu yang zalim dan korup, mampuslah kita. Dan kalau kita memilih pemimpin Melayu yang korup, kalau dia menang, harga barang naik. 

Syed Mokhtar sapu setengah bilion, Ananda sapu bermilion-milion."UMNO mula "terkenal"Anwar turut mengulas bahawa maklumat yang diberikannya mencerminkan parti UMNO pimipinan Perdana Menteri Najib Razak dan betapa terkenalnya parti itu di rantau ini kerana dasar rasismenya.

Sebelum berlangsungnya pilihanraya ke-13 (PRU13), pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri telah menggunakan retorik perkauman untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Taktik pecah-dan-perintah ini diteruskan selepas PRU13 dimana Najib menyalahkan "tsunami Cina" sebagai punca prestasi BN yang kurang memuaskan.

Komen Najib ini mendorong akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, untuk menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang membayangkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia tidak taat dan tidak bersyukur walaupun diberikan peluang untuk berjaya. Sentimen berbentuk stereotaip ini dikutuk secara menyeluruh, terutamanya daripada masyarakat Cina.

Perhubungan antara kaum di Indonesia juga diselubungi kontroversi di mana puak-puak pelampau telah mengambil kesempatan daripada masalah sosial yang dialami di negara itu semasa Krisis Ekonomi Asia pada 1998 untuk bertindak ganas terhadap masyarakat keturunan Cina tempatan. 

Insiden ini telah menyebabkan kelolosanmodal ke negara jiran Singapura.Oleh sebab itu pimpinan Indonesia, khususnya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, cukup prihatin dan mengambil perhatian terhadap perkembangan politik dan perhubungan antara kaum di Malaysia dan justeru telah menjemput Anwar ke Indonesia untuk memberikannya gambaran yang lebih jelas.
"Presiden SBY ingin mengetahui apa yang berlaku di Malaysia dan telah menghantar jemputan kerana liputan media yang luas di Indonesia mengenai perkembangan PRU13 di Malaysia.

Sentimen disana memberi gambaran bahawa jikalau penyelewengan pilihanraya berlaku secara meluas di Indonesia seperti yang telah berlaku di Malaysia, sudah tentu rakyat Indonesia telah bangkit dan membantah secara keras, mungkin sehingga tahap revolusi!" jelaskan Anwar kepada hadirin himpunan yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. ~malaysia chronicle

Selasa, 31 Desember 2013

Elephant man mahu hidup normal tidak sanggup sembunyi wajah lagi

 sinarharian
2 November 2012
Yuen Keong - elephant man
Yuen Keong (kiri) menunjukkan bahagian wajah Chee Ming yang bakal menjalani rawatan laser 8 November ini.
SERDANG – “Memang berharap sangat wajah saya akan pulih seperti manusia normal yang lain kerana tidak sanggup lagi membawa ketumbuhan di bahagian muka ini,” kata lelaki yang digelar ‘elephant man’, Leong Chee Ming, 42, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Dia yang menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai ‘capillary malformation’ sejak lahir itu turut melahirkan harapan tinggi rawatan laser bakal dijalani 8 November depan dapat mengubah wajahnya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap berasa takut dan bimbang terhadap kesan rawatan bakal dijalani di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan itu.

Chee Ming yang juga anak ketiga daripada enam beradik menyatakan jika wajahnya berjaya dipulihkan tiada perkataan lain selain gembira kerana dapat menikmati hidup bersosial dengan masyarakat sekitar selepas 42 tahun menyembunyikan wajahnya itu dengan duduk di rumah sahaja.

“Saya memang teringin hendak menjadi seperti manusia normal yang lain, tidak larat hendak bawa benda ini (ketumbuhan) yang berat di wajah setiap hari.

“Mengenai rawatan laser bakal dijalankan memang ada rasa takut kerana tidak tahu apa tindak balas dan kesannya selepas itu,” katanya yang merupakan antara pesakit pertama menerima rawatan untuk penyakit seperti itu di hospital negara ini.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong berkata, lelaki berkenaan sudah menjalani lapan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak enam bulan lalu sebelum kesnya dirujuk ke HUSM.

Katanya, sebuah jawatankuasa kecil ditubuh dan mendapat sokongan 12 doktor pakar untuk membantu Chee Ming dan seorang lagi pesakit yang menghidap penyakit sama mendapatkan rawatan.

“Sejak enam bulan lalu, kedua-dua pesakit sudah menjalani pemeriksaan dan mereka akan dihantar untuk mendapatkan rawatan laser mematikan selnya.
 selengkapnya
Older Post ►
 

Copyright 2011 Rudy Suryadi