Tampilkan postingan dengan label sanggup. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sanggup. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Sanggup Malukan Diri di Facebook Untuk Pujuk Isteri


Bukan mudah untuk seorang lelaki mengakui kecurangannya serta memohon maaf terhadap isteri atau kekasihnya secara terang-terangan.

Namun, berbeza dengan Ivan Lewis, yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula bekas isterinya, Sonya Gore, 40.


Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2010 itu berpisah hanya selepas 10 bulan hidup bersama kerana kecurangan Lewis.

Bagi menebus kesilapannya, Lewis sanggup memuat naik fotonya memegang kertas yang bertulis, “Saya menipu isteri saya!!!(dan dia seorang yang hodoh!!!)” ke laman Facebook bagi memenuhi syarat bekas isterinya itu.

Harapannya, wanita itu dapat menerimanya semula sekiranya foto itu mendapat 10,000 ‘like’ dari para pengguna akaun yang lain.

Bagaimanapun, Gore memberitahu bahawa dia yang mendesak Lewis memuat naik foto tersebut kerana mahu bekas suaminya itu berasa malu dengan perbuatannya itu.


“Saya yang memintanya berbuat demikian. Sebelum itu, dia meminta saya untuk mengahwininya semula. Saya katakan kepadanya, jika awak mahu, nyatakan awak pernah curang di Facebook,” ujarnya.

Foto dan status Lewis yang berkaitan dengan masalah rumahtangga pasangan itu mendapat pelbagai komen yang agak positif daripada pengguna laman sosial itu.

Rata-rata mereka menyokongnya, namun Gore masih belum memberikan sebarang reaksi positif terhadap usaha bekas suaminya itu.

Setakat ini, foto itu sudah menerima 14,050 ‘like’ dan dikongsi sekitar 1,142 kali oleh pengguna lain.

Namun, ia masih belum memadai untuk memujuk hati bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya.

Kasihan, teruskan usaha anda Lewis! Sekeras mana pun hati perempuan, ia akan cair juga jika terus dipujuk.

Oleh: ELZA

Selasa, 31 Desember 2013

Elephant man mahu hidup normal tidak sanggup sembunyi wajah lagi

 sinarharian
2 November 2012
Yuen Keong - elephant man
Yuen Keong (kiri) menunjukkan bahagian wajah Chee Ming yang bakal menjalani rawatan laser 8 November ini.
SERDANG – “Memang berharap sangat wajah saya akan pulih seperti manusia normal yang lain kerana tidak sanggup lagi membawa ketumbuhan di bahagian muka ini,” kata lelaki yang digelar ‘elephant man’, Leong Chee Ming, 42, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Dia yang menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai ‘capillary malformation’ sejak lahir itu turut melahirkan harapan tinggi rawatan laser bakal dijalani 8 November depan dapat mengubah wajahnya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap berasa takut dan bimbang terhadap kesan rawatan bakal dijalani di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan itu.

Chee Ming yang juga anak ketiga daripada enam beradik menyatakan jika wajahnya berjaya dipulihkan tiada perkataan lain selain gembira kerana dapat menikmati hidup bersosial dengan masyarakat sekitar selepas 42 tahun menyembunyikan wajahnya itu dengan duduk di rumah sahaja.

“Saya memang teringin hendak menjadi seperti manusia normal yang lain, tidak larat hendak bawa benda ini (ketumbuhan) yang berat di wajah setiap hari.

“Mengenai rawatan laser bakal dijalankan memang ada rasa takut kerana tidak tahu apa tindak balas dan kesannya selepas itu,” katanya yang merupakan antara pesakit pertama menerima rawatan untuk penyakit seperti itu di hospital negara ini.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong berkata, lelaki berkenaan sudah menjalani lapan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak enam bulan lalu sebelum kesnya dirujuk ke HUSM.

Katanya, sebuah jawatankuasa kecil ditubuh dan mendapat sokongan 12 doktor pakar untuk membantu Chee Ming dan seorang lagi pesakit yang menghidap penyakit sama mendapatkan rawatan.

“Sejak enam bulan lalu, kedua-dua pesakit sudah menjalani pemeriksaan dan mereka akan dihantar untuk mendapatkan rawatan laser mematikan selnya.
 selengkapnya
Older Post ►
 

Copyright 2011 Rudy Suryadi