Tampilkan postingan dengan label sembunyi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sembunyi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

Wanita sembunyi dalam tayar

23 Nov 2013

Oleh Nordiana Shafiee
Sungai Petani-myMetro: Enam wanita warga Thailand mempertaruhkan keselamatan diri masing-masing dengan melarikan diri melalui bumbung bangunan dua tingkat bagi mengelak dicekup pihak berkuasa yang membuat serbuan di sebuah pusat urut di Taman Sejati Indah, Bakar Arang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi selama tujuh jam bermula jam 8 malam, seramai 27 anggota Jabatan Imigresen Kedah termasuk dari cawangan Sungai Petani membuat serbuan di tiga lokasi berasingan termasuk dua restoran makanan ala Thai.
 
Seramai 25 warga asing diperiksa membabitkan warga Thailand dan seorang rakyat tempatan berusia antara 19 dan 40 tahun dengan 17 daripadanya dikesan melanggar syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63.

Difahamkan, enam wanita berusia antara 19 dan 30-an yang memanjat siling kedai itu melarikan diri ke kedai tayar bersebelahan sebelum mereka berjaya dikesan ketika bersembunyi di sebalik timbunan tayar.

FotoDUA tukang urut dijumpai bersembunyi di dalam timbunan tayar.

Timbalan Pengarah Jabatan Jabatan Imigresen Kedah Mustaffa Kamal Hanaffi berkata, anggotanya memanjat bumbung bangunan kedai dua tingkat itu untuk mengesan semua wanita dipercayai masih bersembunyi dalam premis itu.

Selasa, 31 Desember 2013

Elephant man mahu hidup normal tidak sanggup sembunyi wajah lagi

 sinarharian
2 November 2012
Yuen Keong - elephant man
Yuen Keong (kiri) menunjukkan bahagian wajah Chee Ming yang bakal menjalani rawatan laser 8 November ini.
SERDANG – “Memang berharap sangat wajah saya akan pulih seperti manusia normal yang lain kerana tidak sanggup lagi membawa ketumbuhan di bahagian muka ini,” kata lelaki yang digelar ‘elephant man’, Leong Chee Ming, 42, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Dia yang menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai ‘capillary malformation’ sejak lahir itu turut melahirkan harapan tinggi rawatan laser bakal dijalani 8 November depan dapat mengubah wajahnya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap berasa takut dan bimbang terhadap kesan rawatan bakal dijalani di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan itu.

Chee Ming yang juga anak ketiga daripada enam beradik menyatakan jika wajahnya berjaya dipulihkan tiada perkataan lain selain gembira kerana dapat menikmati hidup bersosial dengan masyarakat sekitar selepas 42 tahun menyembunyikan wajahnya itu dengan duduk di rumah sahaja.

“Saya memang teringin hendak menjadi seperti manusia normal yang lain, tidak larat hendak bawa benda ini (ketumbuhan) yang berat di wajah setiap hari.

“Mengenai rawatan laser bakal dijalankan memang ada rasa takut kerana tidak tahu apa tindak balas dan kesannya selepas itu,” katanya yang merupakan antara pesakit pertama menerima rawatan untuk penyakit seperti itu di hospital negara ini.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong berkata, lelaki berkenaan sudah menjalani lapan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak enam bulan lalu sebelum kesnya dirujuk ke HUSM.

Katanya, sebuah jawatankuasa kecil ditubuh dan mendapat sokongan 12 doktor pakar untuk membantu Chee Ming dan seorang lagi pesakit yang menghidap penyakit sama mendapatkan rawatan.

“Sejak enam bulan lalu, kedua-dua pesakit sudah menjalani pemeriksaan dan mereka akan dihantar untuk mendapatkan rawatan laser mematikan selnya.
 selengkapnya
Older Post ►
 

Copyright 2011 Rudy Suryadi