Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Gaji Isteri Tak Dibayar Suami Protes Sambil Panjat Pokok

Jumaat, 14 Desember 2012 
Protes di atas pohon (Foto: Emirates 247)
Protes di atas pohon (Foto: Emirates 247)
KOLOMBO – Seorang lelakidi Sri Lanka dilaporkan melakukan aksi protes dengan cara memanjat pokok dan mengancam tidak akan turun sebelum tuntutannya dipenuhi. Lelaki tersebut menuntut gaji isterinya yang tidak pernah dibayarkan oleh majikannya.

Isteri lelaki itu diketahui bekerja sebagai tenaga kerja wanita di Jordan. Lelaki itu mengaku telah berkali-kali mendatangi petugas yang berwenang di Sri Lanka untuk meminta bantuan, namun permintaan bantuan tersebut selalu ditolak.

Akhirnya, lelaki itu melakukan aksi panjat pohonnya di depan bangunan otoriti tenaga kerja luar negeri Sri Lanka. Di atas pohon,lelaki  yang berasal dari wilayah barat Sri Lanka itu meneriakkan protesnya ke arah bangunan. Demikian diberitakan Emirates247, Jumaat (14/12/2012).

Menurutnya, majikan isterinya tidak hanya tidak memberikan gaji yang merupakan haknya, namun juga dilarang untuk kembali ke Sri Lanka. Lelaki itu telah meminta petugas yang berwenang untuk membantu memulangkan isterinya. Tetapi permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh mereka.

Beberapa polis  Sri Lanka kemudian mendatangi lokasi protes untuk menghentikan aksinya.Lelaki itu pun bertinjauan dipujuk untuk turun setelah polis  berjanji akan menolong isterinya yang ketika ini terperangkap di Jordan.(faj)okezone

Selasa, 17 Desember 2013

Lawak Perempuan Yang Tak Pernah Puas










Sebuah kedai unik bernama Kedai Stesen Suami yang menjual calon suami baru saja di buka di Kuala Lumpur. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”
Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.
Seorang wanita pergi ke Kedai Stesen Suami untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.

Di atas lantai terdapat tulisan:

LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”

Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”

“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.

Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”

Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan: (dia mengesat matanya kerana tidak percaya pada apa yang tertulis)..

LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 7,593,012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Stesen Suami. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”


-sumber-
Older Post ►
 

Copyright 2011 Rudy Suryadi