Senin, 17 Februari 2014

Naib Presiden Ramai Kata Kombinasi ZAM – Hishammuddin Bagaimana Pula


Esok, mesyuarat perwakilan bagi pemilihan peringkat bahagian, Majlis Tertingi dan wakil ke Persidangan Agung UMNO akan berlangsung.

Jika Sabtu lalu ahli-ahli UMNO dan bukan ahli mahu melihat keputusan siapa menang Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, maka tumpuan minggu ini adalah lebih
hebat dan jauh lebih menarik.

Kali ini, perhatian sudah tentu kepada jawatan Naib Presiden UMNO yang ditandingi ‘taiko-taiko’ besar UMNO.

Tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal akan berentap bersama tiga pencabar baru jawatan berkenaan yakni datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Abdul Samad.

Jika dilihat kepada nama-nama yang bertanding itu, maka tidak dapat dinafikan perlawanan untuk menakluk jawatan naib presiden mungkin yang paling menarik di bawah sistem pemilihan baru ini memandangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Keputusan akhir siapa yang terpilih dan siapa yang tidak hanya akan diketahui apabila semua perwakilan melaksanakan tanggungjawab mengundi masing-masing esok.

Namun, gambaran dan cakap-cakap kedai kopi ketika ini memperlihatkan 3 nama yang menjadi favourite atau pilihan.

Mereka adalah Zahid, Ali Rustam dan Mukhriz (ZAM).

Seperti banyak pihak, penulis pun agak yakin Zahid akan kekal. Dua lagi nama yang disebut-sebut itu juga memang pilihan terutama Mukhriz.

Namun, tidak semestinya mereka akan terpilih. Persepsi umum memang satu kayu ukuran yang penting, namun kemampuan peribadi pemimpin-pemimin yang bertanding tidak boleh dipandang enteng.

Cuba kita lihat dari segi ini, jika faktor ZAM diambil kira, apakah ini bermakna Hishammuddin akan tumbang?

Daripada maklumat yang penulis terima, Hishammuddin kini umpama bangkit semula dengan penuh bergaya apabila mendapat sokongan daripada sayap Wanita dan Pemuda parti.

Kenyataan tidak semena-mena Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memberikan pujian kepada kejayaan Hishammudin selaku Pengerusi Pindaan Perlembagaan UMNO yang telah perjuangkan agar Ketua Wanita Cawangan diberi kelayakan secara otomatik sebagai perwakilan untuk pemilihan kali ini adalah petanda jelas beliau mendapat sokongan sayap terpenting parti.

Hakikatnya, itu pembaharuan yang dibawa oleh Presiden UMNO, bukan diperjuangkan Hishammuddin pun… tapi takpelah…kalau Shahrizat nak puji sangat.

Manakala perwakilan Pro Khairy Jamaluddin (KJ) dari Pemuda sudah pasti tidak akan mengundi Mukhriz.

Seperti yang kita semua tahu, selepas pemilihan Pemuda baru ini, ternyata tidak ada sesiapa dalam Pemuda yang mampu menggugat matalamat menjadi Perdana Menteri KJ.
Di masa hadapan, hanya Mukhriz yang bakal mampu berbuat demikian.

Justeru, perjalanan Mukhriz perlu dihalang bermula sekarang.

Walaupun jawatan Ketua Pemuda ditakrif setaraf dengan Naib Presiden, namun sesiapa yang memegang jawatan Naib Presiden dilihat lebih kanan kedudukannya dalam parti berbanding yang mengetui mana-mana sayap.

Jadi dipendekan cerita, Mukhriz tidak akan mendapat sokongan Pemuda… itu realiti.

Dengan bantuan Pemuda dan Wanita, bermakna Hishammuddin kembali menjadi calon pilihan ketika ini.

Persoalannya, apakah itu sudah cukup kerana dengar kata sokongan Hishammuddin dari bahagian-bahagian di Johor sendiri agak lemah.

Jika cukup… apakah kombinasi ZAM akan kekal?

Siapa dalam barisan andaian yang akan terkorban andai Hishammuddin selamat atau diselamatkan?

Penulis tidak mahu menyentuh secara keterlaluan mengenai Isa Samad atau Shafie Afdal.

Kedua mereka pun bukanlah kecil-kecil anak.

Shafie jika dapat mengekalkan sokongan padu dari Sabah ditambah dengan sokongan semenanjung, maka peluang beliau pun agak terbuka.

Undi kepada beliau adalah atas dasar membalas jalas UMNO Sabah yang menbantu Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum yang lalu.

Melihat kepada pemilihan baru ini, sesiapa yang mendapat sokongan kuat UMNO Sabah sebenarnya mempunyai peluang yang agak baik untuk menang.

Isa pula sudah pasti mempertaruhkan nasib dengan lebih 50 bahagian yang terletak di kawasan-kawasan Felda serta sokongan dari bahagian-bahagian di Negeri Sembilan.

Hendak kata nama ZAM sahaja sebagai memiliki peluang terbaik mungkin benar jika persepsi umum diambil kira.

Tetapi hakikatnya, politik tidak boleh diduga…lebih-lebih lagi politik UMNO yang akan berputar dengan begitu ganas terutama dalam 24 jam yang terakhir.

Apa sahaja persepsi mungkin tepat mungkin tidak…. kalau ada calon yang banyak sangat ‘bersalam’ (WALAUPUN DI BAWAH SISTEM BARU INI) di saat akhir … maka kita akan melihat sesuatu yang mungkin bertentangan dengan apa yang majoriti fikirkan.

Oleh: AK-47

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 Rudy Suryadi